Perisian berbahaya berjangkit: virus dan cecacing Perisian perosak

Perisian berbahaya yang lebih dikenali seperti virus dan cecacing, diketahui menurut cara ia merebak, bukannya kelakuan yang lain. Istilah virus komputer digunakan bagi perisian yang menjangkiti perisian boleh dilaksana dan menyebabkan perisian tersebut, apabila digunakan, merebakkan virus kepada perisian boleh laksana yang lain pula. Virus turut boleh membawa bebanan yang melaksanakan tindakan lain, sering kali berniat jahat. Cecacing, sebaliknya, merupakan perisian yang secara aktif memindahkan dirinya melalui jaringan bagi menjangkiti komputer lain. Ia turut mampu membawa bebanan.

Takrifan ini mendorong kepada pemerhatian bahawa virus memerlukan campur tangan pengguna untuk merebak, manakala cecacing merebak secara automatik. Menggunakan perbezaan ini, jangkitan dihantar melalui Mel elektronik atau dokumen Microsoft Word, yang bergantung kepada penerima membuka fail atau surat E untuk menjangkiti sistem, boleh dikelaskan sebagai virus dan bukannya cecacing.

Sesetengah penulis dalam cetakan dagangan dan terbitan popular kelihatannya keliru dengan perbezaan ini, dan menggunakan kedua istilah secara bebas.

Sejarah ringkas virus dan cecacing

Sebelum capaian Internet mudah didapati, virus merebak pada komputer peribadi melalui aturcara dijangkiti atau sektor but boleh laksana cakera liut. Dengan memasukkan satu salinan dirinya pada arahan kod mesin dalam file boleh laksana ini, virus menyebabkan dirinya dilaksanakan apabilasahaja aturcara itu dilaksanakan atau cakera dibut. Virus komputer awal ditulis bagi Apple II dan Macintosh, tetapi ia menjadi lebih meluas dengan penguasaan IBM PC dan sistem MS-DOS. Virus menjangkiti file boleh laksana bergantung kepada pengguna menukar perisian atau cakera but, oleh itu ia merebak lebih banyak dikalangan golongan penggemar komputer.

Cecacing pertama, perisian berjangkit bawaan jeringan, bermula bukannya pada komputer peribadi, tetapi pada sistem pelbagai tugasan sistem Unix. Cecacing terkenal pertama merupakan Cecacing Internet 1988, yang menjangkiti sistem SunOS dan VAX BSD. Tidak seperti virus, cecacing ini tidak memasukkan dirinya pada perisian lain. Sebaliknya, ia menggunakan kelemahan keselamatan pada perisian pelayan jaringan dan memulakan perlaksanaan dirinya sebagai proses berasingan. Tabiat yang sama turut digunakan oleh cecacing masa kini.

Dengan kebangkitan pelantar Microsoft Windows pada 1990-an, dan kelenturan sistem makro applikasinya, ia memungkinkan untuk menulis kod berjangkit dalam bahasa makro Microsoft Office Word dan perisian seumpamanya. Virus makro ini menjangkiti dokumen dan template berbanding applikasi, tetapi bergantung kepada fakta bahawa makro pada dokumen Mikrosoft Word merupakan satu bentuk kod boleh laksana.

Masa kini, cecacing kebiasaannya ditulis bagi OS Window, sungguhpun sejumlah kecil turut ditulis bagi sistem Linux dan Unix. Cecacing hari ini bertindak pada asas yang sama seperti Cecacing Internet 1988-an: ia mengimbas jaringan bagi komputer dengan khidmat jaringan lemah, memecah masuk kedalam komputer tersebut, dan menyalin dirinya kesitu. Wabak cecacing telah menjadi wabak berulang bagi pengguna peribadi dan perdagangan, cuma diatasi dari segi kerosakan oleh perisian intip (spyware).